Today

Sekian tahun sudah kehadiranmu mempengaruhi orang-orang sekitarmu,
dan setiap perbuatanmu telah membentuk peribadimu,
dan setiap langkahmu telah membawamu mendekati juga menjauhi cita-citamu,
dan kelak…
setiap tarikan nafasmu akan dipersoalkan,
untuk menentukan tempatmu di alam yang abadi…

Selamat Hari Lahir,
Semoga langkah-langkahmu menjadi lebih baik setiap hari,
yang akan membawamu ke arah yang terbaik.

Tujuh perkara ganjil

Bismillah..


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda,itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak
redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnyamereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.





" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahu'alam..

Secebis bantuan

Bismillah..
Spt biasa,menjelajah ke website2 & akhirnya temui sst yg x disangka..sempena ramadhan di sisi,ada sedikit guide line bwt kte b'same!! juga boleh diaplikasikn bila2 mse di mne jua.. :)
Bagi masyarakat Islam yang inginkan kesihatan tubuh badan yang lebih stabil, puasa secara teratur akan memperbaiki sistem daya tahan badan. Namun begitu, kadang-kala puasa yang tidak teratur menyebabkan badan menjadi lemah. Oleh itu, pakar sains perubatan telah mengklasifikasikan puasa seperti berikut:

1.Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.


2.Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan

3.Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam, mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang. Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam.

4.Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang semangkuk dan biji selasih. Ia bertujuan untuk mencuci usus dan menyenangkan membuang air besar.

5.Elakkan pengambilan kopi dan teh, kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut kerana mengandungi asid hidroklorit berlebihan yang menyebabkan gastrik.

6.Pastikan karbohidrat di dalam badan mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari.

7.Tidak perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya kerana kandungannya yang berlebihan akan terbuang menerusi air kencing

8.Rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu sarapan pagi. Ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain. Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur.


BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN MENURUT SAINS PERUBATAN
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan puasa tidak mendatangkan kesan yang baik terhadap tubuh badan kerana:
1.Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka
2.Makan makanan yang pedas, masam, terlalu masin, berempah dan susah dihadam seperti pengambilan daging terutama bagi pengidap penyakit batu karang, gout dan alahan.
3.Mengulangi makan sepanjang malam.
4.Kurang minum air pada waktu malam atau lebih minum air semasa makan.
5.Tidur selepas kenyang makan.
6.Tidak mengambil makanan langsung ketika waktu sahur.


MAKANAN YANG MENJEJASKAN KESIHATAN SEMASA BERPUASA
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia dalam badan seperti:
1.Kopi dan teh
2.Air paip yang dimasak dan tidak ditapis.
3.Makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air dalam tin, air dalam kotak, nugget dan sebagainya.
4.Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan air bertakung dalam badan (waterrittention).

~dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..






Hurm..btol ke?
xpe2,spt yg hangat dikatakn oleh aliya k 'abaikan' :)

REMEMBER!!
Allah S.W.T berfirman:
Terjemahan: ''Dan orang-orang yang berjihad [bersungguh-sungguh] untuk mencari keredhaan Kami, pasti Kami akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesunggguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang membuat kebaikan".


so, jom berjihad!!

Inilah kisah yang ana nk kongsikan dgn korang tu,sama2lah kte ambil pngajaran darinya…
***
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera. Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat? tapi perdebatan itu telah tamat tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut.. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu adakah ini khayalanku saja?melambaiku lagi.Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.“Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya.” Aku akur. “Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu,” kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.“Pergilah buangkan,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. “Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. “Tiba masanya untuk melihat aku.” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. “Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi. “Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. “Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.