Bismillah..
Spt biasa,menjelajah ke website2 & akhirnya temui sst yg x disangka..sempena ramadhan di sisi,ada sedikit guide line bwt kte b'same!! juga boleh diaplikasikn bila2 mse di mne jua.. :)
Bagi masyarakat Islam yang inginkan kesihatan tubuh badan yang lebih stabil, puasa secara teratur akan memperbaiki sistem daya tahan badan. Namun begitu, kadang-kala puasa yang tidak teratur menyebabkan badan menjadi lemah. Oleh itu, pakar sains perubatan telah mengklasifikasikan puasa seperti berikut:
1.Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan puasa tidak mendatangkan kesan yang baik terhadap tubuh badan kerana:
1.Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka
2.Makan makanan yang pedas, masam, terlalu masin, berempah dan susah dihadam seperti pengambilan daging terutama bagi pengidap penyakit batu karang, gout dan alahan.
3.Mengulangi makan sepanjang malam.
4.Kurang minum air pada waktu malam atau lebih minum air semasa makan.
5.Tidur selepas kenyang makan.
6.Tidak mengambil makanan langsung ketika waktu sahur.
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia dalam badan seperti:
1.Kopi dan teh
2.Air paip yang dimasak dan tidak ditapis.
3.Makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air dalam tin, air dalam kotak, nugget dan sebagainya.
4.Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan air bertakung dalam badan (waterrittention).
0 comments:
Post a Comment